Simpan AWAL duit sebelum terlambat!

Posted by SAE Monday, May 11, 2009
Salam para pembaca,

Selalu cakap pasal bisnes, hari ni terasa nak menulis pasal menyimpan duit. Penting sgt nih!

Tak kiralah betapa besar gaji anda. 5 ribu?10 ribu? atau sejuta?Jika anda tak menyimpan langsung wang anda, tiada jaminan bahawa duit yg banyak anda dapat hari ini akan semakin bertambah di masa akan datang. Kita tak tahu keupayaan kita apabila meningkat usia, nasib kerja kita samada dibuang kerja atau tidak, ekonomi meleset dan pelbagai faktor lagi. Pada bila2 masa sahaja kehidupan senang menjadi sukar. Kalu tak mula menyimpan dr sekarang, bayangkan dari mana anda hendak mendapatkan duit di waktu kecemasan?

Orang selalu kata, at least simpanlah 10% dari total gaji anda untuk simpanan di bank. Simpanlah dalam ASB ke, Wawasan 2020 ke, ASN ke...Dan paling penting, bukan berapa banyak anda simpan (lainlah duit dah beratus ribu simpan on the dot), tapi berapa lama anda simpan...jadi umur yg masih muda katakan 24 thn menyimpan adalah lebih untung dr org yg berumur 40 thn baru nak menyimpan..Katakan umur 24 thn menyimpan RM 500 tiap2 bulan manakala yg brumur 40 thn menyimpan RM 1000 tiap2 bulan. Mari lihat jumlah yg dikumpul mereka apabila mencecah 55 thn...

RM 500 x 12 bulan = RM 6000

RM 1000 x 12 bulan = RM 12,000

Kes 1 ) 24 thn ke 55 thn = 31 thn x RM 6,000 = RM 186,000

Kes 2 ) 40 thn ke 55 thn = 15 thn x RM 12,000 = RM 180,000

Lihat, siapa lebih untung? Pengiraan di atas adalah secara kasar sebelum dikira dividen tapi kesimpulannya orang yg menyimpan lebih AWAL & LAMA adalah lebih untung berbanding org yg menyimpan lambat dgn syarat tak mengeluarkan dividen dr simpanan. Jadi, mulalah menyimpan hari ini!

Tips: Kalu bole kekalkan pada satu akaun, kalau ASB, ASB sahaja tak payah simpan dalam ASN sikit, Wawasan 2020 sikit. Lambakkan duit anda sebanyak2nya pada satu akaun hingga abis limit, barulah nak buka akaun lain. Kenapa? Apabila duit bertambah, bonus dr dividen anda akan bertambah untuk tahun tersebut.

Katakan anda ada RM 100,000..
Kes 1) Simpan dalam ASB sahaja : RM 100,000 x Dividen 8% = RM 8000

Jumlah simpanan ASB thn tersebut + Dividen = RM 108,000

Kes 2 ) RM 100,000 dibahagi 2 = RM 50,000 dlm ASB, RM 50,000 dlm W2020

Simpan ASB dgn dividen 8 % = RM 50,000 x Dividen 8% = RM 4000

Simpan W2020 dgn dividen 7% = RM 50,000 x Dividen 7% = RM 3500

Total kedua2 simpanan = RM 54,000 + RM 53,500 = RM 107,500

Lihat! Anda sudah kerugian RM 500 kerana dividen yg lebih rendah lagi pada akaun W2020. Ini hanya gambaran kasar. Anda buatlah plihan yg bijak dan cari Skim Simpanan mana yg lebih menawarkan dividen yg tinggi..Selamat menyimpan !

0 comments

Post a Comment

Pengenalan Blog

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabat...

Selamat Datang ke Laman Bisnes Internet Online.

Saya SAE dan izinkan saya membantu anda. Di sini saya berkongsi cara-cara menjana wang, cara membina blog dan sebagainya hanya dari komputer anda di rumah. Tak kiralah anda surirumah, golongan professional, student, graduan menganggur atau kerja part time/full time.

Dipaparkan juga produk-produk INFO terkini yang bole anda beli untuk MELARISKAN BISNES anda memandangkan maklumatnya yg terlalu BERNILAI. Salah satunya menjadi RAHSIA KEJAYAAN SAYA pada hari ini.

Dapatkan juga LAPORAN atau BONUS PERCUMA serta tips2 PANAS perniagaan yg rata2 dicari setiap usahawan cyber. Hanya email saya di infobisnesduit@gmail.com dan saya akan hantarkan pada anda A.S.A.P.

Mengapa saya mahu berkongsi dan tidak mahu simpan rahsia 100%? Dulu saya juga seperti anda telah belanja beratus ringgit namun hasilnya HAMPA. Rupanya strategi saya SALAH. Saya membeli produk dr org yg mementingkan keuntungan semata2, bukannya benar2 mahu menolong anda. Dan produk yg dibeli tersangatla HAMPEH sehinggakan saya berasa sgt marah dan kecewa. Jadi berhati-hatilah.

Semoga perkongsian ilmu di laman ini bermanfaat buat semua dan marilah mengkayakan orang kita sendiri.......

Mengenai Kami

SAE CREATION ENTERPRISE (002008654-U)





Bisnes SAE

Tengah Dikemaskini. Harap Maaf